Pengenalan
Jurukur
Tanah Berlesen adalah seorang jurukur yang diberikan kes untuk menjalankan
kerja-kerja pengukuran tanah. Kebiasaannya seseorang jurukur ini akan
menubuhkan syarikat atau firmanya sendiri. Jurukur perlu mendaftarkan firmanya
dengan Lembaga Jurukur Tanah Semenanjung Malaysia (LJT) di bawah ordinan JUBL
1958.
Peranan
Jurukur Dalam Pembangunan Negara amat diperlukan dalam membangunkan Negara
sejajar dengan kepesatan ilmu teknologi yang terkini . Ukur Tanah itu sendiri
adalah di bawah naungan pertubuhan ukur iktisas yang dinamakan Lembaga Jurukur
Tanah Semenanjung Malaysia (LJT). Lembaga ini mempunyai beberapa bahagian dan
bidang ukur yang berbeza.
FUNGSI JURUKUR TANAH BERLESEN
Jurukur Berlesen memainkan peranan
yang penting dalam memenuhi keperluan untuk menjalankan kerja-kerja kadaster
dan kejuruteraan di Malaysia yang pembangunan sosio ekonominya bertambah pesat.
Untuk kerja-kerja pengukuran
hakmilik, tenaga Jurukur Berlesen adalah diperlukan bagi membantu Jabatan Ukur
Negeri dalam menampung dan menyelesaikan kerja-kerja ukur yang semakin
bertambah dan memerlukan tindakan segera.
TUGAS JURUKUR BERLESEN
- Menyemak ketepatan tanda sempadan dan ukuran serta
menghitung keluasan dan koordinat bagi batu sempadan kerana dikuatiri
berlakunya pertindihan lot.
- Menentukan sempadan lot seperti :
· Menanam, mengganti. meninggi, merendah dan mencabut
tanda-tanda sempadan.
· Pengukuran mestilah betul antara sempadan dan juga mesti
saling berhubung atau bersambung.
· Menanda dan merekod semula kerja pengukuran
- Menghitung atau menyemak hasil kerja luar. Semua rekod dan
hitungan yang dibuat akan disimpan oleh jabatan ukur.
- Menjalankan kerja-kerja mengukur tanah bagi maksud
pengeluaran surat hakmilik tanah untuk tanah-tanah desa, pekan, bandar dan
juga tanah-tanah lombong.
- Mengukur simpanan-simpanan jalan, tali air dan
lain-lain tanah yang hendah disimpan untuk kegunaan awam.
- Mengukur pecahan sempadan bagi tanah-tanah untuk
pertanian, perumahan dan perusahaan.
- Menjalankan kerja pengukuran dalam Rancangan Kemajuan
Tanah yang dimajukan oleh Kerajaan Persekutuan Negeri Dan Badan Berkanun.
- Menjalankan ukuran penentuan bagi menyelesaikan
pertelingkahan sempadan.
- Menjalankan ukuran kawalan dan penyiasatan.
- Berhubung dengan pemungut Hasil Negeri sekiranya ada
perbezaan dalam sempadan lot yang diukur dan meminta pengesahan
daripadanya.
- Menguasai dan menyelia, melatih serta menguruskan segala perihal pekerja pasukan ukurnya.
- Menolong memberikan latihan kerja luar kepada
pelatih-pelatih jabatan, pegawai-pegawai petempatan dan penuntut-penuntut
dari politeknik atau universiti.
- Bertanggungjawab kepada Jurukur Daerah atau
tatatertib pekerja-pekerja bawahannya.
- Menjalankan apa-apa tugas yang diarahkan oleh
Jurukur Daerah dan Pengarah Ukur
KUASA
JURUKUR TANAH BERLESEN
1. Berhak menjalankan amalan profesionnya sebagai jurukur
tanah dan dibenarkan untuk menjalankan pengukuran hakmilik.
2. Boleh memasuki semua tanah, bangunan bagi tujuan ukuran
hakmilik dan boleh meletakkan apa-apa tanda sempadan yang perlu dan melakukan
apa-apa yang diperlukan bagi tujuan pengukuran hakmilik.
3.
Boleh memeriksa peta-peta serta pelan-pelan Jabatan Ukur
yang releven dan untuk membuat salinan maklumat tersebut untuk ukuran hakmilik
( rujukan ordinan Jurukur Berlesen 1958 )
PERANAN JURUKUR DALAM PEMBANGUNAN NEGARA
Peranan Jurukur Topografi
- Mengkaji ukur, mengukur dan
mengambarkan permukaan bumi untuk berbagai tujuan termasuk pemetaan, kerja
pembinaan atau kewujudan sempadan harta tanah.
- Mengkaji ukur lombong, melukis
permukaan bawah tanah, mencatat kedudukan yang tepat mengenai pelbagai
ciri serta membuat carta dan peta untuk tujuan mengawal arah dan takat
perlombongan.
- Mengkaji ukur dasar lautan,
sungai dan tasik, melukis permukaan bawah tanah, mencatat kedudukan yang
tepat mengenai pelbagai ciri serta membuat carta dan peta untuk digunakan
khususnya dalam menentukan pengemudian air dan saluran serta merancang
pembinaan struktur marin.
- Merancang dan menjalankan kaji
ukur fotografi dari udara.
- Menganalisis gambar foto yang
diambil dari udara dan gambar foto lain, imejan satelit dan data kaji ukur
bagi menyediakan dan menyemak peta dan carta topografi, peta utiliti dan
peta tematik yang lain.
- Mengkaji dan memberi nasihat
berhubung dengan aspek teknik, estetik dan ekonomi bagi pengeluaran peta.
- Menyelia penyediaan pelan, peta , carta
dan lukisan untuk dijadikan persembahan bergambar serta menguruskan sistem
maklumat berautomatik.
- Menjalankan penyelidikan dan pembangunan
terhadap sistem kaji ukur dan pengukuran fotogrametrik, system
kadaster(pemegang tanah) dan tanah serta merundingkan perician dengan
kerajaan tempatan dan pihak berkuasa lain.
- Menyelia dan menyelaras kerja juruukur
bersekutu.
- Mengekal hubungan teknik dan perudingan dengan pakar lain serta menjalankan tugas-tugas yang berkaitan.
Peranan Jurukur Kadaster
Juruukur Tanah yang berperanan didalam sesuatu projek pembangunan
ini hanyalah pada awalan projek sahaja. Walaubagaimana pun peranan Juruukur
Tanah ini juga tidak kurang pentingnya dengan perunding yang lain. Antara tanggungjawab
pihak Juruukur Tanah adalah seperti berikut:
1. Membuat penandaan sempadan.
· Menjadi tugas Juruukur Tanah untuk membuat penandaan sempadan,
mengukur aras tanah ditapak dan membuat kerja "setting out" untuk
menentukan kedudukan bangunan ditapak. Ini adalah penting bagi menentukan
bahawa sempadan yang dibuat dan bangunan yang akan dibina adalah didalam
kawasan pihak majikan.
·
Jika pihak Juruukur gagal untuk membuat demikian maka ianya akan
menimbulkan masalah kepada majikan dan juga kontraktor apabila projek sedang
berlangsung kelak.
2. Menyediakan lukisan yang
berkaitan.
·
Di samping itu juga pihak Juruukur Tanah juga perlulah menyediakan
lukisan dan pelan yang berkaitan untuk kerja-kerja pemancangan yang akan
dilakukan oleh pihak kontraktor. Selain itu juga pihak Juruukur Tanah juga
perlulah menghantar pelan dan lukisan yang terbabit kepada Juruukur Bahan untuk
menetukan kos anggaran yang akan digunakan bagi kerja-kerja tanah yang akan
dilakukan.
3. Menasihati
jabatan mengenai penggubalan dasar ukur kadaster melalui peruntukan
undang-undang, peraturan ukur dn pekeliling ketua pengarah ukur dan pemetaan
4.
Merancang
dan mengawasi kerja-kerja ukur kadaster dan pangkalan data ukur kadaster yang
dilaksanakan oleh JUPEM Negeri supaya siap mengikut tempoh serta menepati
matlamat yang telah ditetapkan.
5.
Mengawalselia
prestasi dan kualiti ukuran kadaster yang dijalankan oleh jurukur tanah
berlesen (JTB) supaya mematuhi peruntukan undang-undang dan peraturan yang
telah ditetapkan. Prestasi kerja dapat dinilai melalui laporan yang disediakan
oleh JUPEM negeri. Manakala kualiti dapat ditentukan melalui semakan rambang
dilapangan.
6. Merancang
dan melaksanaknan pembangunan sistem ukur kadaster yang sentiasa efeksyen
diseluruh JUPEM negeri yang meliputi aspek-aspek kerja di lapangan dan juga di
pejabat.
gambar sumber: homes.mitula.my
Peranan
Jurukur Hidrografi
1. Dalam ukur hidrografi,
tahap pengukuran yang di jalankan di sungai.terusan, tasik dan lautan adalah
berbeza – beza.Jukukur hidrografi menetapkan kedudukan kapal ukur untuk
menentukan kedalaman air dan menyelidik keadaan semulajadi dasar laut.
2. Tugas tradisi mereka
sepanjang abad adalah membuat peta pinggir dan dasara laut bagi menghasilkan
carta padu arah untuk kegunaan pelaut. Sejak kebelakangan ini, kebanyakkan
kerja mereka adalah untuk penerokaan dan pengeluaran minyak di kawasan luar
pantai
3. Ukur Hidrografi juga
digunakan dalam rekabentuk binaan dan penyelenggaraan pelabuhan,jalan air
darat, pertahanan sungai dan laut,pengawalan pencemaran dan kawalan saintifik
lautan.
gambar sumber: www.terra.ch
Peranan
Jurukur Bangunan
1. Jurukur bangunan
menawarkan perkhidmatan kepakaran dalam semua perkara berhubung dengan
pembinaan.
2. Antara perkhidmatan yang
ditawarkan adalah seperti pembaikan bangunan lama dan pembinaan bangunan
baru,penyelenggaraan banguan,pentadbiran dan pengawalan kontrak –kontrak, undang-undang
dan peraturan bangunan.Jurukur bangunan melakukan pengukuran struktur dan
memberi khidmat kepada orang ramai, perdangangan, industri dan pihak berkuasa
awam
Peranan Jurukur Geodesi
- Ukur geodesi meliputi bidang yang luas dengan
mengambilkira bentuk melengkung keaadaan mukabumi.
- Pengukuran seperti ini melibatkan
teori matematik lanjutan dan memerlukan pengukuran yang jitu untuk
mengadakan kerangka kerja bagi titik-titik yang ditentukan kedudukannya
dengan tepat.
- Titik-titik ini boleh digunakan
untuk membuat peta seluruh benua,mengukur saiz dan bentuk sebenar mukabumi
atau menjalankan penyelidikan saintifik yang berkaitan seperti menentukan
bidang magnet bumi, atau untuk mengesan hanyutan benua
- Melaksanakan projek-projek
geodesi seperti berikut:-
- Projek penentududukan sejagat
(GPS) bagi penentuan jaringan geodetic dan sainstifik dan koordinat
stesen-stesen trabas piawai.
- Projek datum tegak geodesi semenanjung Malaysia (DTGMS) yang terdiri daripada projek-projek cerapan air pasang surut, ukuran aras jitu dan ukuran graviti.
- Menubuh, mengoperasi dan
meyelenggara permanent GPS Tracking Station iaitu Malaysia active GPS
System (MASS).
- Mengenalpasti kerja-kerja
hitungan dan cerapan astronomi seperti cerapan bulan, matahari, bintang
untuk penentuan posisi dibumi dan juga lain-lain yang berkaitan dengan
keagamaan seperti arah kiblat, waktu solat, cerapan hilal bagi awal bulan
hijrah dan lain-lain.
- Melaksanakan pembinaan, operasi
dan peyelenggaraan stesen-stesen air pasang surut serta bertanggungjawab
menerbitkan Buku Ramalan Air Pasang Surut dan Rekod Cerapan Air Pasang
Surut setiap tahun.
- Menyedia, menjaga dan menyebar rekod serta dokumentasi bagi semua maklumat geodesi seperti GPS, air pasang surut, maklumat trigonometri, maklumat aras, gravity, astronomi dan lain-lain.
Peranan Jurukur Tanah Dan Pertanian
- Jurukur Agen Tanah Dan Pertanian
lazimnya bekerja dalam kawasan yang sekitar pendalaman.dan kebanyakkan daripada
mereka bekerja sebagai praktis persendirian.
- Tugas-tugasnya termasuklah
penilaian, penjualan, pengurusan harta benda diluar bandar dan penjualan
secara lelong stok cergas dan tetap. Mereka juga di kaitkan dengan hal
perhutanan, pengurusan lading dan perancangan luar bandar.
Peranan Jurukur Perancangan Dan Pembangunan
1. Jurukur
Perancangan Dan Pembangunan mempunyai kepakaran dalam semua aspek perancangan
Bandar dan Desa.
2.
Mereka
memberi nasihat tentang ekonomi, Kemudahan, Skim pemeliharaan dan pembangunan
Bandar.Jurukur Pembangunan berkerjasama dengan pegawai-pegawai perancang untuk
melaksanakan rancangan mereka dalam tempoh masa dan belanjawan yang ditetapkan
Peranan Jurukur Dalam Alam Sekitar
- Jurukur memainkan peranan
yang penting dalam melindung serta memulihara alam sekitar dalam keadaan
pembangunan pesat negara hari ini menggunakan kepakaran yang ada bagi
membantu mengimbangi keperluan antara pembangunan dan alam sekitar.
- Terdapat empat
disiplin dalam juruukur di Malaysia iaitu juruukur tanah, juruukur bahan,
juruukur penilai dan juruukur bangunan yang mana mereka dapat
menyumbangkan kepakaran kepada penjagaan alam sekitar.
- Juruukur tanah perlu
memainkan peranan dalam menjaga kawasan persekitaran yang sensitif seperti
paya bakau dan sebagainya supaya tidak diganggu.
- Juruukur perlu memberikan
keutamaan kepada penjagaan alam sekitar serta bekerjasama membawa
pendekatan mesra alam supaya kesan besar kepada pemuliharaan alam sekitar
akan dapat dirasai seluruh masyarakat.
Peranan
Jurukur Dalam Bidang Ilmu Falak
- Arah Qiblat perlu
diketahui untuk pelbagai tujuan. Sebagai contoh, kita perlu yakin bahawa
kita menghadap arah Qiblat yang betul ketika mendirikan solat. Ini adalah
kerana menghadap arah Qiblat adalah salah satu syarat sah solat dalam
keadaan aman. Maka Jurukur diberi tanggungjawab untuk menentukan arah Qiblat
ini.
- Para Jurukur secara
langsung terlibat dengan pembinaan dan pentadbiran masjid/ surau sama seperti
pegawai-pegawai pihak berkuasa agama Islam, pegawai pentadbiran dan ahli
jawatankuasa masjid dan surau termasuk imam dan bilal masjid/ surau
- Jurukur bertanggunjawab
dalam menyebarkan keilmuan yang
berkaitan dengan penetapan arah Qiblat berdasarkan ilmu falak syarie
kontemporari sejajar dengan teknologi masa kini.
- Jurukur perlu memantapkan
pengetahuan mengenai aspek syariah dan sains mengenai arah Qiblat serta memberi
kemahiran teknik pengiraan arah Qiblat disamping mendedahkan teknik
penandaan arah Qiblat dengan menggunakan teknologi kontemporari
KESIMPULAN
Jurukur
Tanah tidak hanya tertumpu pada bidang ukur tanah semata-mata, tetapi ia
melibatkan bidang ukur yang lain iaitu Ukur Lombong, Ukur Pembangunan, Ukur
Industri, Ukur Geodesi, Ukur Topografi, Ukur Pembangunan dan Perancangan, Ukur
Bahan, Ukur Pertanian dan sebagainya. Dalam erti kata yang lain, bidang ukur
tanah adalah berperanan penting serta kian meluas seiring dengan kehendak dan
pambangunan negara.
sumber
http://www.scribd.com/doc/17774694/Peranan-Jurukur-Tanah#scribd
bachok alik mana terr....
BalasPadam