Sabtu, 9 Januari 2016

Apa Itu Juruukur Tanah Berlesen


Pengenalan

            Jurukur Tanah Berlesen adalah seorang jurukur yang diberikan kes untuk menjalankan kerja-kerja pengukuran tanah. Kebiasaannya seseorang jurukur ini akan menubuhkan syarikat atau firmanya sendiri. Jurukur perlu mendaftarkan firmanya dengan Lembaga Jurukur Tanah Semenanjung Malaysia (LJT) di bawah ordinan JUBL 1958.

Peranan Jurukur Dalam Pembangunan Negara amat diperlukan dalam membangunkan Negara sejajar dengan kepesatan ilmu teknologi yang terkini . Ukur Tanah itu sendiri adalah di bawah naungan pertubuhan ukur iktisas yang dinamakan Lembaga Jurukur Tanah Semenanjung Malaysia (LJT). Lembaga ini mempunyai beberapa bahagian dan bidang ukur yang berbeza.

FUNGSI JURUKUR TANAH BERLESEN

            Jurukur Berlesen memainkan peranan yang penting dalam memenuhi keperluan untuk menjalankan kerja-kerja kadaster dan kejuruteraan di Malaysia yang pembangunan sosio ekonominya bertambah pesat.

            Untuk kerja-kerja pengukuran hakmilik, tenaga Jurukur Berlesen adalah diperlukan bagi membantu Jabatan Ukur Negeri dalam menampung dan menyelesaikan kerja-kerja ukur yang semakin bertambah dan memerlukan tindakan segera.

TUGAS JURUKUR BERLESEN

  1. Menyemak ketepatan tanda sempadan dan ukuran serta menghitung keluasan dan koordinat bagi batu sempadan kerana dikuatiri berlakunya pertindihan lot.
  2. Menentukan sempadan lot seperti :
·   Menanam, mengganti. meninggi, merendah dan mencabut tanda-tanda sempadan.
·   Pengukuran mestilah betul antara sempadan dan juga mesti saling berhubung atau bersambung.
·   Menanda dan merekod semula kerja pengukuran
  1. Menghitung atau menyemak  hasil kerja luar. Semua rekod dan hitungan yang dibuat akan disimpan oleh jabatan ukur.
  2. Menjalankan kerja-kerja mengukur tanah bagi maksud pengeluaran surat hakmilik tanah untuk tanah-tanah desa, pekan, bandar dan juga tanah-tanah lombong.
  3. Mengukur simpanan-simpanan jalan, tali air dan lain-lain tanah yang hendah disimpan untuk kegunaan awam.
  4. Mengukur pecahan sempadan bagi tanah-tanah untuk pertanian, perumahan dan perusahaan.
  5. Menjalankan kerja pengukuran dalam Rancangan Kemajuan Tanah yang dimajukan oleh Kerajaan Persekutuan Negeri Dan Badan Berkanun.
  6. Menjalankan ukuran penentuan bagi menyelesaikan pertelingkahan sempadan.
  7. Menjalankan ukuran kawalan dan penyiasatan.
  8. Berhubung dengan pemungut Hasil Negeri sekiranya ada perbezaan dalam sempadan lot yang diukur dan meminta pengesahan daripadanya.
  9. Menguasai dan menyelia, melatih serta menguruskan segala perihal pekerja pasukan ukurnya.
  1. Menolong memberikan latihan kerja luar kepada pelatih-pelatih jabatan, pegawai-pegawai petempatan dan penuntut-penuntut dari politeknik atau universiti.
  2. Bertanggungjawab kepada Jurukur Daerah atau tatatertib pekerja-pekerja bawahannya.
  3. Menjalankan apa-apa tugas yang diarahkan oleh Jurukur Daerah dan Pengarah Ukur

KUASA JURUKUR TANAH BERLESEN

1.  Berhak menjalankan amalan profesionnya sebagai jurukur tanah dan dibenarkan untuk menjalankan pengukuran hakmilik.
2.  Boleh memasuki semua tanah, bangunan bagi tujuan ukuran hakmilik dan boleh meletakkan apa-apa tanda sempadan yang perlu dan melakukan apa-apa yang diperlukan bagi tujuan pengukuran hakmilik.
3.    Boleh memeriksa peta-peta serta pelan-pelan Jabatan Ukur yang releven dan untuk membuat salinan maklumat tersebut untuk ukuran hakmilik ( rujukan ordinan Jurukur Berlesen 1958 )


PERANAN JURUKUR DALAM PEMBANGUNAN NEGARA

Peranan Jurukur Topografi

  1. Mengkaji ukur, mengukur dan mengambarkan permukaan bumi untuk berbagai tujuan termasuk pemetaan, kerja pembinaan atau kewujudan sempadan harta tanah.
  2. Mengkaji ukur lombong, melukis permukaan bawah tanah, mencatat kedudukan yang tepat mengenai pelbagai ciri serta membuat carta dan peta untuk tujuan mengawal arah dan takat perlombongan.
  3. Mengkaji ukur dasar lautan, sungai dan tasik, melukis permukaan bawah tanah, mencatat kedudukan yang tepat mengenai pelbagai ciri serta membuat carta dan peta untuk digunakan khususnya dalam menentukan pengemudian air dan saluran serta merancang pembinaan struktur marin.
  4. Merancang dan menjalankan kaji ukur fotografi dari udara.
  5. Menganalisis gambar foto yang diambil dari udara dan gambar foto lain, imejan satelit dan data kaji ukur bagi menyediakan dan menyemak peta dan carta topografi, peta utiliti dan peta tematik yang lain.
  6. Mengkaji dan memberi nasihat berhubung dengan aspek teknik, estetik dan ekonomi bagi pengeluaran peta.
  7. Menyelia penyediaan pelan, peta , carta dan lukisan untuk dijadikan persembahan bergambar serta menguruskan sistem maklumat berautomatik.
  8. Menjalankan penyelidikan dan pembangunan terhadap sistem kaji ukur dan pengukuran fotogrametrik, system kadaster(pemegang tanah) dan tanah serta merundingkan perician dengan kerajaan tempatan dan pihak berkuasa lain.
  9. Menyelia dan menyelaras kerja juruukur bersekutu.
  10. Mengekal hubungan teknik dan perudingan dengan pakar lain serta menjalankan tugas-tugas yang berkaitan.

Peranan Jurukur Kadaster
Juruukur Tanah yang berperanan didalam sesuatu projek pembangunan ini hanyalah pada awalan projek sahaja. Walaubagaimana pun peranan Juruukur Tanah ini juga tidak kurang pentingnya dengan perunding yang lain. Antara tanggungjawab pihak Juruukur Tanah adalah seperti berikut:
1.    Membuat penandaan sempadan.
·         Menjadi tugas Juruukur Tanah untuk membuat penandaan sempadan, mengukur aras tanah ditapak dan membuat kerja "setting out" untuk menentukan kedudukan bangunan ditapak. Ini adalah penting bagi menentukan bahawa sempadan yang dibuat dan bangunan yang akan dibina adalah didalam kawasan pihak majikan.
·            Jika pihak Juruukur gagal untuk membuat demikian maka ianya akan menimbulkan masalah kepada majikan dan juga kontraktor apabila projek sedang berlangsung kelak.
2.    Menyediakan lukisan yang berkaitan.
·         Di samping itu juga pihak Juruukur Tanah juga perlulah menyediakan lukisan dan pelan yang berkaitan untuk kerja-kerja pemancangan yang akan dilakukan oleh pihak kontraktor. Selain itu juga pihak Juruukur Tanah juga perlulah menghantar pelan dan lukisan yang terbabit kepada Juruukur Bahan untuk menetukan kos anggaran yang akan digunakan bagi kerja-kerja tanah yang akan dilakukan.

3.  Menasihati jabatan mengenai penggubalan dasar ukur kadaster melalui peruntukan undang-undang, peraturan ukur dn pekeliling ketua pengarah ukur dan pemetaan

4.    Merancang dan mengawasi kerja-kerja ukur kadaster dan pangkalan data ukur kadaster yang dilaksanakan oleh JUPEM Negeri supaya siap mengikut tempoh serta menepati matlamat yang telah ditetapkan.

5.    Mengawalselia prestasi dan kualiti ukuran kadaster yang dijalankan oleh jurukur tanah berlesen (JTB) supaya mematuhi peruntukan undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan. Prestasi kerja dapat dinilai melalui laporan yang disediakan oleh JUPEM negeri. Manakala kualiti dapat ditentukan melalui semakan rambang dilapangan.

6.  Merancang dan melaksanaknan pembangunan sistem ukur kadaster yang sentiasa efeksyen diseluruh JUPEM negeri yang meliputi aspek-aspek kerja di lapangan dan juga di pejabat.
gambar sumber: homes.mitula.my


Peranan Jurukur Hidrografi
1.    Dalam ukur hidrografi, tahap pengukuran yang di jalankan di sungai.terusan, tasik dan lautan adalah berbeza – beza.Jukukur hidrografi menetapkan kedudukan kapal ukur untuk menentukan kedalaman air dan menyelidik keadaan semulajadi dasar laut.
2.   Tugas tradisi mereka sepanjang abad adalah membuat peta pinggir dan dasara laut bagi menghasilkan carta padu arah untuk kegunaan pelaut. Sejak kebelakangan ini, kebanyakkan kerja mereka adalah untuk penerokaan dan pengeluaran minyak di kawasan luar pantai
3. Ukur Hidrografi juga digunakan dalam rekabentuk binaan dan penyelenggaraan pelabuhan,jalan air darat, pertahanan sungai dan laut,pengawalan pencemaran dan kawalan saintifik lautan.
gambar sumber: www.terra.ch

Peranan Jurukur Bangunan 
1. Jurukur bangunan menawarkan perkhidmatan kepakaran dalam semua perkara berhubung dengan pembinaan.
2.    Antara perkhidmatan yang ditawarkan adalah seperti pembaikan bangunan lama dan pembinaan bangunan baru,penyelenggaraan banguan,pentadbiran dan pengawalan kontrak –kontrak, undang-undang dan peraturan bangunan.Jurukur bangunan melakukan pengukuran struktur dan memberi khidmat kepada orang ramai, perdangangan, industri dan pihak berkuasa awam


Peranan Jurukur Geodesi

  1. Ukur  geodesi meliputi bidang yang luas dengan mengambilkira bentuk melengkung keaadaan mukabumi.
  2. Pengukuran seperti ini melibatkan teori matematik lanjutan dan memerlukan pengukuran yang jitu untuk mengadakan kerangka kerja bagi titik-titik yang ditentukan kedudukannya dengan tepat.
  3. Titik-titik ini boleh digunakan untuk membuat peta seluruh benua,mengukur saiz dan bentuk sebenar mukabumi atau menjalankan penyelidikan saintifik yang berkaitan seperti menentukan bidang magnet bumi, atau untuk mengesan hanyutan benua
  4. Melaksanakan projek-projek geodesi seperti berikut:-
  5. Projek penentududukan sejagat (GPS) bagi penentuan jaringan geodetic dan sainstifik dan koordinat stesen-stesen trabas piawai.
  6. Projek datum tegak geodesi semenanjung Malaysia (DTGMS) yang terdiri daripada projek-projek cerapan air pasang surut, ukuran aras jitu dan ukuran graviti. 
  1. Menubuh, mengoperasi dan meyelenggara permanent GPS Tracking Station iaitu Malaysia active GPS System (MASS).
  2. Mengenalpasti kerja-kerja hitungan dan cerapan astronomi seperti cerapan bulan, matahari, bintang untuk penentuan posisi dibumi dan juga lain-lain yang berkaitan dengan keagamaan seperti arah kiblat, waktu solat, cerapan hilal bagi awal bulan hijrah dan lain-lain.
  3. Melaksanakan pembinaan, operasi dan peyelenggaraan stesen-stesen air pasang surut serta bertanggungjawab menerbitkan Buku Ramalan Air Pasang Surut dan Rekod Cerapan Air Pasang Surut setiap tahun.
  4. Menyedia, menjaga dan menyebar rekod serta dokumentasi bagi semua maklumat geodesi seperti GPS, air pasang surut, maklumat trigonometri, maklumat aras, gravity, astronomi dan lain-lain.

Peranan Jurukur Tanah Dan Pertanian

  1. Jurukur Agen Tanah Dan Pertanian lazimnya bekerja dalam kawasan yang sekitar pendalaman.dan kebanyakkan daripada mereka bekerja sebagai praktis persendirian.
  2. Tugas-tugasnya termasuklah penilaian, penjualan, pengurusan harta benda diluar bandar dan penjualan secara lelong stok cergas dan tetap. Mereka juga di kaitkan dengan hal perhutanan, pengurusan lading dan perancangan luar bandar.

Peranan Jurukur Perancangan Dan Pembangunan

1.    Jurukur Perancangan Dan Pembangunan mempunyai kepakaran dalam semua aspek perancangan Bandar dan Desa.
2.    Mereka memberi nasihat tentang ekonomi, Kemudahan, Skim pemeliharaan dan pembangunan Bandar.Jurukur Pembangunan berkerjasama dengan pegawai-pegawai perancang untuk melaksanakan rancangan mereka dalam tempoh masa dan belanjawan yang ditetapkan

Peranan Jurukur Dalam Alam Sekitar

  1. Jurukur memainkan peranan yang penting dalam melindung serta memulihara alam sekitar dalam keadaan pembangunan pesat negara hari ini menggunakan kepakaran yang ada bagi membantu mengimbangi keperluan antara pembangunan dan alam sekitar.
  2. Terdapat empat disiplin dalam juruukur di Malaysia iaitu juruukur tanah, juruukur bahan, juruukur penilai dan juruukur bangunan yang mana mereka dapat menyumbangkan kepakaran kepada penjagaan alam sekitar.
  3. Juruukur tanah perlu memainkan peranan dalam menjaga kawasan persekitaran yang sensitif seperti paya bakau dan sebagainya supaya tidak diganggu.
  4. Juruukur perlu memberikan keutamaan kepada penjagaan alam sekitar serta bekerjasama membawa pendekatan mesra alam supaya kesan besar kepada pemuliharaan alam sekitar akan dapat dirasai seluruh masyarakat.


Peranan Jurukur Dalam Bidang Ilmu Falak

  1. Arah Qiblat perlu diketahui untuk pelbagai tujuan. Sebagai contoh, kita perlu yakin bahawa kita menghadap arah Qiblat yang betul ketika mendirikan solat. Ini adalah kerana menghadap arah Qiblat adalah salah satu syarat sah solat dalam keadaan aman. Maka Jurukur diberi tanggungjawab untuk menentukan arah Qiblat ini.
  2. Para Jurukur secara langsung terlibat dengan pembinaan dan pentadbiran masjid/ surau sama seperti pegawai-pegawai pihak berkuasa agama Islam, pegawai pentadbiran dan ahli jawatankuasa masjid dan surau termasuk imam dan bilal masjid/ surau
  3. Jurukur bertanggunjawab dalam  menyebarkan keilmuan yang berkaitan dengan penetapan arah Qiblat berdasarkan ilmu falak syarie kontemporari sejajar dengan teknologi masa kini.
  4. Jurukur perlu memantapkan pengetahuan mengenai aspek syariah dan sains mengenai arah Qiblat serta memberi kemahiran teknik pengiraan arah Qiblat disamping mendedahkan teknik penandaan arah Qiblat dengan menggunakan teknologi kontemporari


KESIMPULAN

Jurukur Tanah tidak hanya tertumpu pada bidang ukur tanah semata-mata, tetapi ia melibatkan bidang ukur yang lain iaitu Ukur Lombong, Ukur Pembangunan, Ukur Industri, Ukur Geodesi, Ukur Topografi, Ukur Pembangunan dan Perancangan, Ukur Bahan, Ukur Pertanian dan sebagainya. Dalam erti kata yang lain, bidang ukur tanah adalah berperanan penting serta kian meluas seiring dengan kehendak dan pambangunan negara.

























sumber


http://www.scribd.com/doc/17774694/Peranan-Jurukur-Tanah#scribd